Social Icons

Tuesday, November 26, 2013

Petua Rezeki Sentiasa Jer Ada

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar, semoga sihat dan dalam rahmat Allah hendaknya....

Pada ahad lepas kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin bapa saudara 
suami di Felda Air Tawar 1 Kota Tinggi...alhamdulillah dapat bertemu dgn ramai saudara dan kenalan dari jauh dan dekat.

Sibuk berbual sampai lupa nak ambil gambar semasa disana he he...selepas pengantin bersanding kami decide singgah dirumah kakak suami iaitu Kak Rah yang tinggal di Felda Lok Heng. Perjalanan tidak jauh sangat dalam setgh jam rasanya....


Felda Lok Heng menggalakkan peneroka menanam sayur2an dihalaman rumah...
Cantikkan mcm kt Cameroon Highland jer...


Sayur sawi tu rezeki kami bawa blk Jb, alhamdulillah...dgn pisangnya lagi tp lupa nk snap gambar...

Anak2 dgn sepupu bermain2 dirumah jiran yang ada kolam yang dihias indah..:)

Ok kembali kita pada tajuk entry kita yer...panjang bebenor intronyer he he...

Kakak Arah ini lah sebenarnya yang telah berkongsi petua murah rezeki dengan kami beberapa tahun dahulu... nak tahu petua dia jom kita flash back.....:-)

Pada suatu masa dahulu semasa Allahyarham ibu mertua masih ada kami selalu lepak kt rumah akak ni sebab dia seorang tukang jahit sepenuh masa. Sambil2 belajar menjahit dgnnya dia selalu menceritakan kesusahan yang dilalui sebelum masuk Felda.

Kak Arah juga share kepada kami mcm mn kita mahu supaya rezeki sentiasa ada. Ini la part yang paling best dan suprise......:-)


Akak Arah beritahu kepada kami supaya barang2 dapur di top up atau reload sebelum habis. Kami tercengang mcm x percaya jer sbb kita mmg suka basuh bekas makanan, gula, garam dll setelah habis...

Kak Arah ketawakan kami sambil berkata ha sebab tu la duit asyik habis jer he he he...:-) betul juga kan kan...👍



Alhamdulillah setelah kami praktikkan mmg menjadi la, stok barang dapur sentiasa ada. Sekiranya kami mahu membasuh bekas kami akan tukar dahulu dengan bekas baru...:-)

Duit gaji pon jangan sampai poket kosong hingga hujung bulan, kena ada balance walaupun sedikit. Simple dan senang jer kan...jom cuba dan share, semoga Allah memberkati Kak Arah dan keluarga.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam....dari sekecil2 barang dapur sehingga segala hutang2 rumah dan kereta pon kami cube sedaya upaya membayarnya sebelum tempoh matang. 

Kini hutang kereta Honda dan kedua2 apt kami telah habis dibayar, ..... syukur sangat rasanya...Syukur pada Mu ya Allah....

Selain kita berdoa utk murah rezeki apa kata kita praktikkan petua diatas...semua ini dengan keizinan Allah jua. Kita berusaha dan tawakkal kepada Allah....:-)

 
Semoga dapat memberi manfaat, seronok rasanya dapat berkongsi dan dapat memberi nilai kepada orang lain....


No comments:

 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my