Social Icons

Tuesday, April 16, 2019

Perjalanan Haji 1438h/2017

As salammualaikum wbt, semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya. Maaf kerana lama tergantung sambungan perjalanan haji kami. Banyak benda berlaku dan kami sekeluarga baru pulang dari menunaikan umrah pada bulan feb lepas. Alhamdulilllah tertunai sudah janji pada anak2. Ok kita sambung ya nanti.


    Pemandangan rumah2 orang2 mekah dari tingkap bilik tingkat 19, terdapat lebih kurang 7 buah surau kalau setiap kali azan akan kedengaran kesemuanya. 


    Dari dalam bilik akan ada television dan dapat kita monitor keadaan kaabah sebelum ke masjidil haram. Kadang masa tengok macam lenggang di kaabah dari dalam bilik bila sampai org sudah berpusu2 masuk dan sudah penuh😅.


 Pemandangan dari tempat saei, apabila waktu solat askar akan suruh lelaki kedepan supaya tidak bercampur saf. Bila habis solat mereka akan kembali mencari isteri dan kelompok mereka samada berbual2 atau makan2. Sini tempat yang boleh muslimat stay sambil berzikir dan baca terjemahan alquran bila uzur syarie. Duduk dalam bilik buat hati tak keruan😉


 Diatas tu mereka sedang mengasapkan wangian untik mewangikan kawasan masjidil haram.


Belakang bukit Safa juga antara port orang2 yang tidak boleh solat dari sini boleh nampak kaabah.


Berpusu jemaah baru pulang dari solat, kena keluar sekurang2 nya 10 minit selepas kerana mengelakkan berhimpit2 sesama jemaah. Kadang sempat baca al quran dulu sehelai dan kadang terus iktikaf sahaja. Hati terasa tenang dan mendamaikan bila dapat melihat kaabah setiap waktu.


Ziarah kota Mekah, bas disediakan dan bayar 30 riyal, bagusnya balik sebelum zohor jadi sempat solat di masjidilharam.

Jabal Rahmah...tengok dari bawah jer sambil berdoa🤣


My favourite fresh kurma merah manis2 kelat🤣
Border tanah haram dan halal Arafah.


Khemah2 disusun rapat satu petak ada lebih kurang 20 orang. Ada yang kata sempit, bergantung nasib masing tp bagi adah mcm tak sangat sebab tak semua duduk sekali dalam khemah satu2 masa. Masa tidur jer ada yang katanya tak muat nak tidur tapi masa ni kita dah tidur tak sedar apa2 dah. Maaf ya 😅


Saujana mata memandang...


Selepas taklimat lepak tepi surau hotel, tabung haji akan sentiasa ada taklimat dan kursus tentang manasik haji mengikut group👍 boleh soal jawab kalau tak faham memang terbaik. Alhamdulilllah 
Doner kebab beli di zam zam tower bila rasa tak nak makan nasi😀sedap😋


Sarapan pagi kami, setiap kali beli roasted chicken mesti dapat roti ni. Letak cebisan ayam, hirisan timun dan sos dalam roti ni dan gulung👍

Kurma mentah dimana2 ada manis sangat bila bawa balik malaysia dia jadi kelat. Tak tahu kenapa.


Kalau lewat sejam sebelum solat sini la tempat solatnya😂


Perjalanan setiap hari ulang alik solat 5 waktu ke Hotel dan kawasan sekitarnya.


Perjalanan kemasjidil haram dan buat umrah, alhamdulilllah dengan izin Allah tak sedar 18km jalan kaki👍



Solat depan istana, masa ni tak boleh solat jadi dapatla ambil gambar suasana ini.


Pemandangan yang dirindui... InshaaAllah nanti kita sambung ya😉mohon maaf andai ada salah dan silap👌



No comments:

 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my