Social Icons

Tuesday, July 10, 2018

Kenangan Haji 1438h/2017



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

Sedar tak sedar dah bertahun menyepikan diri kerana urusan hakiki, bisnes Alhamdulillah masih lagi berjalan tapi dah tak terupdate☺️ terlalu banyak benda berlaku sehingga tak tertulis😍. Alhamdulillah aturan Allah adalah yang terbaik.

Dengan lafaz Bismillah...dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk berkongsi gambar2 dan sedikit catatan perjalanan pengalaman haji kami untuk kenang2an. Maaf kekangan masa buatkan ia tertangguh sehingga dah nak masuk musim haji 1439😅. Semoga bermanfaat..


Tempat berkumpul bersama2 keluarga di Masjid Senai Airport dan solat jumaat dulu kerana lapor diri bermula pada jam 1:30 pm 18/8/2017.


Lepas solat sempat makan nasi yang dimasak oleh kakak2 dan adik ipar yang baik hati. Semoga Allah merahmati mereka semua😍 Berkelah la kita di tepi masjid menghadap airport...debaran sudah terasa.


Beratur untuk masuk kedalam selepas masukkan beg dan bagasi ditempat yang disediakan.


Disinilah pas, beg sandang, gelang dan cenderahati seperti sejadah sponsor dari PNB dan tikar hijau buat alas yg byk kegunaannya sponsor dari LZS. Selepas selesai berjumpa kembali dengan ahli keluarga sambil melalui terowong terasa sgt sebak dan berpesan pada hampir semua oran tolang tengokkan anak2 kami terutama yang ditinggalkam di taska selama 47 hari kami ketanah suci. 


Alhamdulillah dah lepas imigresen untuk cop passport masukkan bagasi dan terus ke tempat taklimat. Solat jamak zohor dan asar bagi wanita yang belum solat. Ada tempat tukar duit riyal juga disediakan.


Kapal terbang boing dah menunggu untuk membawa kami ✈️.


Bertshirt muslimah Odeen untuk memudahkan perjalanan yang jauh dan ianya selesa😍

Alhamdulillah selamat keudara pada jam 06:30 petang. Duduk berdua dengan suami di tepi tingkap melihat awan yang menawan.

Map perjalanan didalam kapal, pramugari  umum supaya bersedia untuk berniat umrah 10min sebelum melalui miqat Qarnul Manazil.


Alhamdulillah selamat landing lebih kurang jam 10:30 malam waktu Arab Saudi. Petugas tabung haji meminta jemaah untuk duduk rehat seketika untuk ke toilet dll seblm beratus di imigresen jeddah. Alhamdulillah 11:30 dah siap cop passport ambil beg dan diberi buku kecil doa2 mcm al mathurat setiap orang. Kami di bawa berkumpul untuk menaiki bas untuk dibawa ke hotel.


Alhamdulillah sampai dihotel hampir subuh dan taklimat dan umrah bemula jam 07:30 pagi.
Teruja tengok menara jam didepan Hotel. Dalam bilik suami tingkat 19 lagi nampak jelas...subhanallah.


Inilah hotel kami lebih kurang 600-700m ke masjidil haram...alhamdulillah syukur pada Allah. InshaaAllah nanti kita sambung lagi ya👌



No comments:

 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my