Social Icons

Thursday, July 30, 2015

Salam Syawal

Selamat hari raya aidilfitri adda ucapkan kepada pembaca sekalian, walau sedikit terlambat tp mood raya masih lagi terasa lagi la kt jb ni sebulan x cukup hihi...


Inilah suasana subuh hari di hari pertama syawal di kg kat ganu...syahdu rasanya menggamit rindu😭😭😭apakan daya kami hanya 5 hari di kg dn kembali ke Kulai Jb utk kerumah keluarga suami😉

Terasa ramadhan dan syawal kali sangat istimewa dan bermakna...

Alhamdullah terima kasih Allah atas nikmat ini...semoga dpt berjumpa lagi dgn ramadhan tahun hadapan...inshaaAllah 💝

Salam sayang dr adda services
Harap maaf andai ada kesilapan dan kekhilafan dr kami😍


Wednesday, July 1, 2015

Salam Ramadhan


         Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, maha pemurah lagi maha penyayang💝💝💝

Syukur kerana masih lagi diberi peluang utk bertemu diramadhan tahun ini, semoga Allah memberikan rahmatNya, keampunanNya dan pelepasan dari azab api neraka....perkenankanlah Ya Allah.

Apa khabar saudara saudari teman pembaca alam siber ini, semoga apa yg kita tuliskan dan apa yang kita paparkan tidak mengundang kemarahan Allah.

Allah Allah Allah kami memohon keampunan Mu, terasa semakin kita mendalami ilmu agama terasa semakin kerdil diri ini....layakkah kita kesyurga sedangkan api neraka itu sangat dahsyat sekali...


Alhamdulillah tahun ini kami berbuka disurau dikejiranan kami yg hanya beberapa minit sahaja dr rumah, kami raikan ramadhan disurau shj...tiada lagi keinginan utk berbuka di restoran2 atau hotel2 mewah, apa yg pihak surau sediakan....itulah rezeki kami.

Kini kami faham kongsep rezeki yg Allah berikan dan bersyukur atas nikmat Allah.


Kalau tahun lepas hanya satu dulang tahun ini sudah mencapai 5 dulang sahaja utk muslimat....ukhuwah terjalin

Bukan kerana kami malas memasak atau mahu berjimat tapi kami x mahu suami serba salah dan meninggalkan solat maghrib berjemaah kerana mahu berbuka bersama keluarga...biarlah kami sama2 solat berjemaah...semoga Allah menerima amal ibadat kami💖



Sesungguhnya ia sangat indah terasa seperti berada di Madinah atau Mekah

Betullah bak kata Prof Kamil penulis buku travelog haji mengubah sempadan iman,
"Jika kita rindukan Madinah atau Mekah penuhilah rumah2 Allah dimana shj pasti akan terubat rindu itu"

Mohon maaf andai ada terkhilaf, yg baik dtg dr Allah yg buruk dari kami yg lemah ini...

Salam Ramadhan dan salam kemaafan 


 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my