Social Icons

Saturday, November 30, 2013

Pertama Kali Ke Pulau Pinang ( 2 )


Assalamualaikum wbt....

Semoga kita semua diberkati dan dalam rahmat Allah hendaknya...

Seperti di janji adda akan sambung kembali tentang perjalanan kami ke Pulau Pinang.


Belon gergasi dari buih sabun yang dijual di sebelah gerai Burger Mat Misai di puncak Bukit Bendera. Bila dh nampak burger dan air cool blog, anak2 tiba2 jer lapar...:-)

Kaki dh penat mendaki so kami apalagi terus ambil meja kosong sambil menikmati permandangan di puncak Bukit Bendera, biarkan anak2 beratur dan pilih sendiri samada nk burger biasa atau daging salai. Sangat lazat dan harga pon berpatutan sangat. 

Di puncak ini juga terdapat masjid yang cantik dan kuil hindu.

 Masa ini pula la batteri telefon weak. Ada banyak lagi gambar menggunakan Dslr tp x spt lg nk nk transfer...suka tulis blog guna gambar dlm phone jer he he :-)) 

Apabila hari beransur senja kami kembali ke bwh dan semasa dalam perjalanan ke kereta ternampak pula gerai jeruk Pak Ali yang glamer tu. Kami apalagi borong sakan sbb harganya yang murah dan sangat sedap. Nampak macam segar dan kaler yang membuat mata menjadi rambang...:-)

Kami solat jamak maghrib dan isyak di Masjid Negeri. Rasa seronok berada di masjid ini sebab besar dan siap ada air pancut lagi. 

Sambil2 cari2 tempat untuk bermalam, kami susur ke Jalan Batu Feringgi tp x dapat singgah sebab hujan yang renyai2. Tiada rezeki nk singgah sini....:-(

Hampir semua hotel yang tersenarai di Pulau Pinang penuh samada thru online atau pamplet kerana cuti panjang.
Kami bertawakkal pada Allah, semoga adalah tempat untuk kami bermalam...

Alhamdulillah Allah berikan ilham untuk kami call Pearl View Hotel di Seberang Perai dan ini lah tempat kami melepaskan lelah sedari semalam lagi....


 
Pearl view hotel....tah berapa bintang ekk..


Harga yang ditawarkan, kami memilih Deluxe kerana bilik besar dan selesa untuk anak2, dapat disc tau utk corp rate, kalau gov lg byk disc tp pass x bw la pula hu hu....bilik standard semuanya sudah penuh...:-(


Masuk2 terus g bilik air, susur atur emms not bad mcm kt Concord dulu2....keluar tgk semua dh atas katil hu hu x sempat nk snap bilik....:-))


 Permandangan dari bilik...macam Pulau Pinang sayup2 di hujung sana..

Esoknya selps sarapan kami berkemas2 utk check out dan kembali ke Pulau sbb Ain anak ketiga kami dok merayu2 nk naik feri, layankan jerla kan...






 Dah nampak jeti Pulau...

Surf mn tpt mkn best trs terjumpa kt blog ni ttg laksa janggus, apalagi kita pekena laksa sekali alang2 dh spi Pulau Pinang... Sampai kt kedau br kul 330pm tp mak ai beratuq punya panjang akibat pengaruh fb hu hu...xdan nk snap pic sbb dok kalut2 mkn2...

Pulanng ke JB, sayonara PP...


Thursday, November 28, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar dan meneruskan tugasan sebagai khalifah Allah, semoga dapat memberi manfaat........kerana setiap makhluk Allah tidak dilahirkan sia2.


Alhamdulillah banyak kata hikmat dan nasihat yang dapat di ambil dr fb, jika dulu kusangkakan fb hanya untuk suka2 tp kini bila dah ada fb sendiri banyak manfaatnya...dibawah adalah ini adalah antara yang menarik perhatian adda...:-)


Segala masalah kembalilah kepada Allah, semoga Allah memudahlan urusan kita, ameen....

Bersangka baik dan redha dengan ketentuan Ilahi setelah kita berusaha tp masih belum berjaya kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita.....

Adda pernah melalui saat ini, pernah sedih kerana apa yang dicita x kunjung tiba tapi Allah beri yang lagi baik malah yang terbaik...... :-))


Mensyukuri nikmat mu ya Allah......


Memberi ingatan tentang tujuan dan matlamat hidup ini.....menuju syurga Mu ya Allah tapi layakkah aku....?

Sekian dulu utk perkongsian ini....




Tuesday, November 26, 2013

Petua Rezeki Sentiasa Jer Ada

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar, semoga sihat dan dalam rahmat Allah hendaknya....

Pada ahad lepas kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin bapa saudara 
suami di Felda Air Tawar 1 Kota Tinggi...alhamdulillah dapat bertemu dgn ramai saudara dan kenalan dari jauh dan dekat.

Sibuk berbual sampai lupa nak ambil gambar semasa disana he he...selepas pengantin bersanding kami decide singgah dirumah kakak suami iaitu Kak Rah yang tinggal di Felda Lok Heng. Perjalanan tidak jauh sangat dalam setgh jam rasanya....


Felda Lok Heng menggalakkan peneroka menanam sayur2an dihalaman rumah...
Cantikkan mcm kt Cameroon Highland jer...


Sayur sawi tu rezeki kami bawa blk Jb, alhamdulillah...dgn pisangnya lagi tp lupa nk snap gambar...

Anak2 dgn sepupu bermain2 dirumah jiran yang ada kolam yang dihias indah..:)

Ok kembali kita pada tajuk entry kita yer...panjang bebenor intronyer he he...

Kakak Arah ini lah sebenarnya yang telah berkongsi petua murah rezeki dengan kami beberapa tahun dahulu... nak tahu petua dia jom kita flash back.....:-)

Pada suatu masa dahulu semasa Allahyarham ibu mertua masih ada kami selalu lepak kt rumah akak ni sebab dia seorang tukang jahit sepenuh masa. Sambil2 belajar menjahit dgnnya dia selalu menceritakan kesusahan yang dilalui sebelum masuk Felda.

Kak Arah juga share kepada kami mcm mn kita mahu supaya rezeki sentiasa ada. Ini la part yang paling best dan suprise......:-)


Akak Arah beritahu kepada kami supaya barang2 dapur di top up atau reload sebelum habis. Kami tercengang mcm x percaya jer sbb kita mmg suka basuh bekas makanan, gula, garam dll setelah habis...

Kak Arah ketawakan kami sambil berkata ha sebab tu la duit asyik habis jer he he he...:-) betul juga kan kan...👍



Alhamdulillah setelah kami praktikkan mmg menjadi la, stok barang dapur sentiasa ada. Sekiranya kami mahu membasuh bekas kami akan tukar dahulu dengan bekas baru...:-)

Duit gaji pon jangan sampai poket kosong hingga hujung bulan, kena ada balance walaupun sedikit. Simple dan senang jer kan...jom cuba dan share, semoga Allah memberkati Kak Arah dan keluarga.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam....dari sekecil2 barang dapur sehingga segala hutang2 rumah dan kereta pon kami cube sedaya upaya membayarnya sebelum tempoh matang. 

Kini hutang kereta Honda dan kedua2 apt kami telah habis dibayar, ..... syukur sangat rasanya...Syukur pada Mu ya Allah....

Selain kita berdoa utk murah rezeki apa kata kita praktikkan petua diatas...semua ini dengan keizinan Allah jua. Kita berusaha dan tawakkal kepada Allah....:-)

 
Semoga dapat memberi manfaat, seronok rasanya dapat berkongsi dan dapat memberi nilai kepada orang lain....


Sunday, November 24, 2013

Non Woven Bag


Assalamualaikum wbt...

Oleh kerana kesibukan yang amat minggu ini, adda upload dulu gambar beg woven yang environment friendly...
Terdapat pelbagai warna dan corak...










Antara gambar woven bag yang sempat adda upload, sebenarnya masih banyak lagi dalam catalogue. Jika anda berminat boleh la hubungi kami untuk mendapatkan e catalogue...  

Sekian dulu untuk kali ini...😄😄😄


Silk Skrin Print

Assalamualaikum wbt....

Semoga kita dalam rahmat Allah hendaknya....


Alhamdullah syukur atas nikmat Mu Ya Allah, jauhkan aku dari sifat riak dan takabbur.... semuanya adalah dari Mu ya Allah, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.....

Hari ini adda ingin kongsikan tentang printing cara Silk Skrin Print selain heat transfer.....



Biasanya kami memilih untuk menggunakan Silk print untuk logo dan gambar....


Silk print menggunakan blok seperti diatas, ni yang kosong punya size A4....:-) 


 Blok utk bag yang akan kami buat utk dihadiahkan kepada customer kami...-:)



Multi purpose bag jika anda berminat boleh hubungi kami di 0167188602/0167188604.


Wednesday, November 20, 2013

Bunting Stand Untuk Di Jual

Assalamualaikum wbt
 
Bunting stand untuk dijual berharga RM 15 shj tidak termasuk pos..:-)
Sesuai untuk didalam kedai, sila call atau email di adda.services@gmail.com kami sekiranya berminat...




Tuesday, November 19, 2013

Premium & Gift Souvenir


Salam semua, semoga kita semua dalam lindungan Allah hendaknya....
Hari ini WW... Wordless wednesday, jom layannn pic....

Premium gift catalogue






Saturday, November 16, 2013

Online Printing Baju Dan Cenderahati



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah, 
Kini kami telah menjadi agent kepada Sykt printing terbesar di Jb dan dapat membekalkan pelbagai jenis perkhidmatan printing dari  hampir semua jenama baju, cenderamata, piala, plak, gift dan sebagainya--:)
Terima kasih kepada En Ramli dan isteri yang banyak memberikan sokongan, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya....



Deretan cenderamata, plak, gift, beg, tuala dan macam2 lagi.


Deretan catalogue.....


Inshaa Allah kami cuba memberi yang terbaik untuk kepuasan pelanggan.
Harga boleh dirunding mengikut kemampuan dan citarasa anda...

Motto kami ialah untuk membantu anda yang tidak mempunyai masa, anda hanya tempah kepada kami dan kami akan hantar kepada anda bila siap bagi yang berada di JB area. Dengan sekali click dapat merubah segalanya....

Sekian dulu dari kami :-)





Friday, November 15, 2013

Baju Muslimah Custom Made

Assalamualaikum wbt...

Selamat petang adda ucapkan semoga kita semua dalam perlindungan dan rahmat Allah hendaknya....

Seperti dijanji hari tu utk adda upload custom made muslimah yang boleh di print atau dipakai terus..... 

Baju Muslimah ini dari jenama Odeen collection, adda kebetulan jumpa pereka baju ni semasa membuat tempahan tshirt untuk printing...warna hitam tu adda dah pakai. Mmg sgt selesa, kain nya pon tebal ...:-)

Ada dua pilihan samada mahu yang lengan ada getah atau pun tidak....


Adda meminta izin dari owner Odeen Muslimah utk publish sbb dia pon mmg jual hanya kt internet shj. Size yang ada dari XS~2XL shj setakat ini.....



Antara custume made yang pernah kami print dengan cara heat transfer..


Kini anda boleh pilih design mana yang anda berminat samada custom made dan ready made...


Sekian utk kali ini...:)


 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my