Social Icons

Saturday, November 30, 2013

Pertama Kali Ke Pulau Pinang ( 2 )


Assalamualaikum wbt....

Semoga kita semua diberkati dan dalam rahmat Allah hendaknya...

Seperti di janji adda akan sambung kembali tentang perjalanan kami ke Pulau Pinang.


Belon gergasi dari buih sabun yang dijual di sebelah gerai Burger Mat Misai di puncak Bukit Bendera. Bila dh nampak burger dan air cool blog, anak2 tiba2 jer lapar...:-)

Kaki dh penat mendaki so kami apalagi terus ambil meja kosong sambil menikmati permandangan di puncak Bukit Bendera, biarkan anak2 beratur dan pilih sendiri samada nk burger biasa atau daging salai. Sangat lazat dan harga pon berpatutan sangat. 

Di puncak ini juga terdapat masjid yang cantik dan kuil hindu.

 Masa ini pula la batteri telefon weak. Ada banyak lagi gambar menggunakan Dslr tp x spt lg nk nk transfer...suka tulis blog guna gambar dlm phone jer he he :-)) 

Apabila hari beransur senja kami kembali ke bwh dan semasa dalam perjalanan ke kereta ternampak pula gerai jeruk Pak Ali yang glamer tu. Kami apalagi borong sakan sbb harganya yang murah dan sangat sedap. Nampak macam segar dan kaler yang membuat mata menjadi rambang...:-)

Kami solat jamak maghrib dan isyak di Masjid Negeri. Rasa seronok berada di masjid ini sebab besar dan siap ada air pancut lagi. 

Sambil2 cari2 tempat untuk bermalam, kami susur ke Jalan Batu Feringgi tp x dapat singgah sebab hujan yang renyai2. Tiada rezeki nk singgah sini....:-(

Hampir semua hotel yang tersenarai di Pulau Pinang penuh samada thru online atau pamplet kerana cuti panjang.
Kami bertawakkal pada Allah, semoga adalah tempat untuk kami bermalam...

Alhamdulillah Allah berikan ilham untuk kami call Pearl View Hotel di Seberang Perai dan ini lah tempat kami melepaskan lelah sedari semalam lagi....


 
Pearl view hotel....tah berapa bintang ekk..


Harga yang ditawarkan, kami memilih Deluxe kerana bilik besar dan selesa untuk anak2, dapat disc tau utk corp rate, kalau gov lg byk disc tp pass x bw la pula hu hu....bilik standard semuanya sudah penuh...:-(


Masuk2 terus g bilik air, susur atur emms not bad mcm kt Concord dulu2....keluar tgk semua dh atas katil hu hu x sempat nk snap bilik....:-))


 Permandangan dari bilik...macam Pulau Pinang sayup2 di hujung sana..

Esoknya selps sarapan kami berkemas2 utk check out dan kembali ke Pulau sbb Ain anak ketiga kami dok merayu2 nk naik feri, layankan jerla kan...






 Dah nampak jeti Pulau...

Surf mn tpt mkn best trs terjumpa kt blog ni ttg laksa janggus, apalagi kita pekena laksa sekali alang2 dh spi Pulau Pinang... Sampai kt kedau br kul 330pm tp mak ai beratuq punya panjang akibat pengaruh fb hu hu...xdan nk snap pic sbb dok kalut2 mkn2...

Pulanng ke JB, sayonara PP...


No comments:

 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my