Social Icons

Friday, November 15, 2013

Pertama kali ke Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt

Apa khabar anda hari ini, semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tersayang..

Alhamdulillah petang-petang jumaat yang nyaman setelah hujan berhenti,  sambil minum nescafe panas layan blog jap he he....

Hari ini adda ingin berkongsi dengan anda perjalanan kami sekeluarga ke Parit Buntar atas urusan bisnes, kebetulan cuti   Malaysia 16 sept lepas, kami mengambil peluang utk lajak ke Pulau Pinang sebab dekat sangat dah tu....kami bertolak dari jb jam 6ptg....nk elak mengantuk....

 Jalan jem bila masuk Rawang, padahal masa tu dah jam 12am. Kami berhenti rehat di hentian Spg Pulai jam 3 pagi setelah bergilir2 drive. Lepas subuh baru jalan clear dan kami sampai di Prt Buntar lebih kurang jam 10 pg. Selepas zohor baru kami gerak ker Pulau Pinang.


Oleh kerana kami last minute plan kami mmg x booking mana2 hotel pon, tawakkal pada Allah jer....:-)


Pulau Pinang here i come :-))
1st time naik jambatan Pulau Pinang.

Oleh kerana hari dah lewat petang, kami decide untuk ke Bukit Bendera menaiki cable car. Kalau pergi Penang mmg tak sah kalau tak singgah di sini....yer ke he he...:-)

Antara gambar2 yang kami ambil semasa disana....



Kabus tebal semasa baru sampai, cuak gak masa tu hu hu....




Alhamdulillah cuaca kembali cerah.....


Permandangan Penang dari Bukit Bendera, sayup mata memandang....

SubhanaAllah begitu hebat ciptaan Mu ya Allah, terasa diri ini begitu kerdil sekali......

Jambatan kedua Pulau Pinang sayup2 di kejauhan..... betul ker ayat ni he he...


Kebetulan semasa kami di Bukit Bendera, KM Pulau Pinang akan merasmikan pesta tanglung pada malamnya, jadi persiapan sedang rancak berjalan....

Kami tak dapat beg ni sebab ia untuk pengunjung malam shj. Di dalamnya terdapat tanglung yang akan dinyalakan emmm mesti cantikkan...:-)


Demam2 pon semangat tu....

Ok sampai disini dulu coretan dari adda, inshaa Allah nnt sambung lagi cerita huru hara kami cari hotel hu hu....


No comments:

 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my