Social Icons

Tuesday, July 10, 2018

Perjalanan Haji 1438h/2017



As salammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah kita sambung lagi yer sambil tengok2 gambar👌

Panorama setiap pagi sangat mendamaikan hati dengan kicau burung2 merpati yang berterbangan. Kawasan corner dekat dengan istana laluan utama kami ke Masjidil Haram.


Pintu masuk istana, hari pertama ke Masjidil Haram di bawa oleh petugas haji untuk umrah pertama group dari maktab kami yang baru sampai subuh tadi. 


Hampir sampai kedataran melalui pintu no 1 King Abdul Aziz disebelah kanan dengan depan dan kiri adalah antara hotel dan shopping mall. Waktu solat kawasan ini penuh dengan jemaah sampai ke dalam shopping mall😅.

 Dalam waktu dhuha kami sampai di dataran. Adah yang sampai sahaja di lapangan terbang Jeddah Allah bagi cuti ikut juga jemaah sampai ke pintu ini dan tunggu suami selesaikan umrahnya sambil tercari2 kaabah dengan sayu hati😭tpi redha dengan ketentuan Allah dan sememangnya ada hikmah nya.

Dari dataran nampak hotel kami dalam 600-700m.  Alhamdulillah Allah sebaik2 perancang.


Suasana selepas solat zohor, dari atas terowong di tingkat 2. Tingkat bawah awal2 lagi dah ditutup. Kena datang 2 jam awal untuk dapat masuk kedalam masjidil haram. Manusia berpusu2 sehingga penuh jalan sampai hujung sana. Subhaanallah lagi 12 hari untuk wukuf, tetamu2 Allah dari pelbagai negara membuatkan semakin padat.


Hari pertama kami datang ke Masjidil Haram waktu maghrib lagi sejam lebih tapi tidak dapat masuk sehingga suami terpaksa solat di jalan raya dihadapan istana, alhamdulillah ada bawa sejadah yang diberi oleh PUNB dapat la buat alas. Pada mulanya lelaki saf depan dan perempuan disaf belakang tapi bila ada yang datang last minit dah bercampur saf antara lelaki dan perempuan. Adah ambil gambar ni dari kaki lima kedai😊


Makan malam yang disediakan oleh muasasah, sedap juga isi ikan dengan sayur bila makan panas2. Kadang2 ada ayam masak pedas, ikan masak kicap, daging tukar2. Kami Ada kuah kena ambil sendiri. Kami makan dengan selera sebab penat agaknya. 

Ada buah yg besar2 sampai kadang2 tak habis dimakan kami simpan dalam peti sejuk buat jus😋 bila dah buat jus pun tak habis kami bagi pada pekerja2 yang menyapu sepanjang jalan yang akan beratur tunggu sedekah dari jemaah. Kadang2 Adah bawa masuk dalam Masjid buah dan biskut beri kepada jemaah2 dari negara lain yang nampak dhaif. Mereka sukakan nya. Buah-buahnya sangat besar seperti pisang montel, epal fuji, limau sunkist gilir2 tengah hari dan malam. 


Penambah selera, timun dan sos ni kami beli dikedai dekat dengan hotel. Ini sos yang ditulis hot🔥 tapi tak pedas sangat pon, ok la dari xde😂Kadang2 kami makan dengan serunding ikan dan daging yang diberi oleh kawan kami Ina dari Kelantan kerja di hsi, semoga Allah berkati dan rahmati dia sekeluarga. 

Waktu solat di Mekah untuk kami buat rujukan kami disana. Kena plan keluar dari hotel sekurang2nya2 jam sebelum waktu solat untuk dapat masuk kedalam masjid. Mula2 lepas subuh kami tunggu lepas dhuha baru balik bilik tapi bila tidak sempat hendak keluar 2 jam sebelum zohor kami decide lepas subuh balik hotel dengan sarapan yang dijual oleh orang2 petani masakan Kelantan seperti nasi kerabu, laksam dll dengan harga 5riyal walau kecil sikit pack dia tapi kenyang alhamdulillah. 

Selepas sarapan bersihkan diri dan basuh baju 
Terus jemur kat atas bumbung naik 1 tangga nanti balik zohor dah boleh angkat. Level kami tingkat 19 pon ada tempat jemur tapi dah penuh. Kami tidur dan bangun pukul 10 pagi solat dhuha di masjid dengan niat iktikaf sambil baca quran, berzikir dan solat sunat. Paling kami suka dapat tengok kaabah. Masa adah uzur adah lepak di kawasan sai di bukit safa, nanti adah tunjukkan port ada ye next post. InshaaAllah 

Solat jenazah setiap kali lepas solat wajid, credit pada yang membuatnya. Semoga Allah merahmati kamu. Adah dapat ni dalam w app group. Masa disana adah niat solat jenazah ikut imam😊sebab bab lelaki dan perempuan tu memang keliru sikit😅



Map ni adalah maktab2 jemaah dari Malaysia di Mekah untuk tahun 2017. Tahun ini mungkin berbeza tempat dan pengurusannya. Tapi bila tengok ni baru kita faham bahawa ada banyak zon dan hotel yang perlu dijaga oleh Tabung Haji. Rezeki kita dapat duduk di hotel mana, lagi jauh hotel lagi lama dapat iktikaf di masjid kata jemaah haji yang kami jumpa. Mereka redha 👍

Salute pada mereka petugas2 yang bersusah payah untuk kemudahan dan kelancaran perjalanan haji kami semua jemaah 2017 dan sebelum nya. Semoga tahun ini juga berjalan lancar dan dimudahkan urusan. 
 
InshaaAllah kita jumpa lagi dalam part 3 ye😍
Mohon maaf ada salah dan silap👌




No comments:

 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my