Social Icons

Wednesday, October 14, 2015

Salam maal hijrah 1437

Assalammualaikum wbt...



Selamat menyambut tahun baharu hijrah semalam, semoga kita berhijrah kearah kebaikan dan semoga amal ibadat kita diterima Allah hendak nya...

1 muharram telah berlalu semalam, alhamdulillah cuti ph dapatlah kita bersama keluarga tersayang...pupuklah kasih sayang kerana masa berlalu tidak akan dapat diulangi lagi...

Alhamdulillah kami bermusafir semalam ke segamat melawat anak diasrama dan menikmati ikan baung masak tempoyak yang best di restoran nasir...lupa nk snap pic lagipun bila rezeki depan mata...apalagi, bismillah dan makan tanpa toleh kiri dan kanan😉

Disebalik kegembiraan dan kebahagiaan kita masih ramai lagi org2 yg menderita dan sengsara, mangsa banjir dikelantan ada lagi yg dlm kesusahan...begitu juga pelarian robingya, syria dan palestine...

Kita sedih dan hanya mampu berdoa, pasti ada hikmah disebaliknya yg hanya Allah sahaja yg lebih mengetahui...


Hanya ini yg kami dapat bantu tanda sokongan kami kepada the 3rd force yg tidak pernah putus asa membantu mangsa banjir di Kelantan...biar lah sedikit kerana sedikit2 bila ramai2 sama membantu akan jadi banyak...

Tshirt The 3rd force dgn design yg diberi Raja Shamri baru2 ini...kebetulan ada pelancaran LEMAS di UPSI 17 oct 2015.

Allah tidak tanya sebanyak mana yg kita bagi tp Allah menilai setiap sesuatu yg kita lakukan kejalan Nya.

Tahniah kpt raja Shamri dan team atas perjuangan kalian...hanya Allah yg mampu membalasnya. Berjaya menghidupkan budaya kasih sayang dan tolong menolang yg mmg ada didalam islam...keep it up👍

Jom kita pakat2 bantu dgn apa yg kita mampu...

"Alfatihah kpd Prof Suhaily dr Team Resc Upsi, semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya dan termasuk dikalangan org2 yg beriman dan bertaqwa. Semoga akan ada lebih lebih ramai lg org2 seperti nya akan lahir...ameen ameen ameen"

Kita mmg kecil tp hati kita besar..
Bak kata Raja Shamri..jom kita pakat2 bantu💝💝💝


Kalau anda ingin membuat pos barang kpd the 3rd force boleh lihat alamat diatas👌

Alhamdulillah biar sedikit tp bermanfaat.



No comments:

 

Disclaimer

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Janji Kami

Kami komited untuk menyediakan kualiti perkhidmatan dan khidmat lepas jualan yang terbaik. Setiap tempahan akan sampai di tangan anda dalam tempoh 7 hari masa bekerja selewatnya.(term & con)

Total Pageviews

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my